http://ift.tt/1BomO0cDr Rozanizam ZakariaJangan tertipu!Duduk sebelah anak main, tapi mata kita hala ke TV, tangan layan wassap, itu BUKAN 'bonding' dengan anak-anak namanya! Psikologi pendidikan anak-anak menekankan konsep "attachment", iaitu pembentukan 'bonding' antara ibubapa dan anak-anak. 'attachment' yang baik sangat penting bagi perkembangan emosi dan psikologi kanak-kanak, yang akhirnya akan mempengaruhi perilaku anak-anak apabila dewasa. 'secure attachment', akan terbentuk apabila ibubapa sensitif dengan keperluan emosi anak-anak, memahami komunikasi anak-anak dan mampu memenuhi keperluan emosi anak-anak secara konsisten secara cepat dan berkesan. Jangan ambil mudah dengan tarbiyyah anak-anak kecil. Setiap perilaku kita dan apa yang mereka lalui akan disemat rapi kedalam 'unconscious' dan 'subconscious mind' mereka.Jadi ibu bapa yang sibuk dengan teknologi hari ini jangan menyesal bila remaja anak tak dengar cakap. Tarbiyyah anak-anak is a 'one way trip'..tak boleh putar balik masa nak perbetul di kemudian hari, jom perbetul diri sekarang. Jom duduk bercerita, main masak-masak dan kereta dengan anak-anak macam kita buat dulu-dulu..zaman sebelum ada wassap dan telegram!Peringatan untuk diri sendiri dan semua yang bergelar ibu bapa.