Wahai anakku,
Jadikan dirimu sentiasa berlinang airmata kerana takut pada Allah pada hari yang dibongkar rahsia hatimu, jadikan zikir sebagai hiburanmu, salawat sebagai penawar kegelisahanmu, solat sebagai ubat kerinduan dan istighfar sebagai penyuci debu hatimu. Kekuatan sepenuhnya dalam kehidupan ini apabila batinmu telah terbuka pintu yang dapat kamu berhubung dengan alam ketuhanan, melalui pintu itu, maka segala asrar dapat diterima, segala bisikan sirr disedari, lautan hakikat Muhammad diselami. Dengan kekuatan ini, maka pintu perhubungan dan pertolongan langit sudah terbuka, maka setiap langkahmu telah berada dalam pertolongan-Nya, maka kejayaan sebenar ialah jiwamu sentiasa dalam selubung kehambaan yang hakiki akibat berada dalam cahaya tajalli makrifat-Nya. Maka kebahagiaan yang kamu kecapi itu perlu dikongsikan dan disebarkan kebahagiaan ini, bagaikan mendapat makanan yang lazat, kelazatan itu semahunya dirasai oleh semua orang. Itulah yang diajar Sang Rasul, pembesar bumi yang dipuji sekalian penghuni langit.
Al-Faqir Walid Asy-Syathari
http://ift.tt/1xxJntw Wahai Anakkunurjeehan.wordpress.com
Wahai anakku, Jadikan dirimu sentiasa berlinang airmata kerana takut pada Allah pada hari yang dibongkar rahsia hatimu, jadikan zikir sebagai hiburanmu, salawat sebagai penawar kegelisahanmu, solat...