MUHASABAH SEBELUM RAMADAN
(Tanda-tanda hati kotor)
Ramadan akan hadir dlm hanya beberapa hari lagi. Mari kita bersama-sama merenung diri, bermuhasabah dgn penuh kejujuran. Melihat ke dlm diri, jika kita masih mempunyai sifat-sifat di bwh ini, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh utk membersihkan hati dgn istighfar dan taubat yg ikhlas dan berterusan.
Sahabat yg sejati itu adalah mereka yg membuat kita berwaspada kpd akhirat. Sahabat yg buruk adalah mereka yg membuat kita semakin lalai dan alpa kpd aib-aib diri kita.
Orang yg jujur menuju kedekatan kpd Allah Ta'ala, hatinya amat lembut, lunak dan tawaduk - amat suka kpd nasihat yg dpt membina kejayaannya terutamanya di akhirat kelak, kerana Allah SWT telah berfirman :
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak,(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Surah Al Hadid : 20)