KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID
1. Shalat shubuh memelihara setiap muslim
عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من صلى الصبح فهو في ذمة الله رواه مسلم.
Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan shalat shubuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. (HR Muslim)
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam lindungan Allah. Maka jangan cuba cuba membuat Allah membukti janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya dalam neraka” (Riwayat Muslim)
Hadis menjelaskan bahawa Allah Taala akan memberi perlindungan bagi mereka yang menunaikan solat subuh berjemaah dan perlindungan dari Allah adalah sebesar-sebesar lindungan
2. Shalat Shubuh Setara dengan Qiyamullail
من شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة رواه مسلم.
Orang yang ikut shalat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah shalat setengah malam. Orang yang ikut shalat shubuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan shalat sepanjang malam (qiyamullail). (HR Muslim)
Solat Subuh berjemaah di Bulan Syawwal mengatasi solat sunnat di malam Ramadan kerana mencari al-Qadar. Ini kerana solat Subuh adalah wajib sedang solat sunnat malam walaupun ia muakkad (amat dituntut) namun statusnya masih lagi sunnat.
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
3. Shalat Shubuh Menyelamatkan Pelakunya daripada Api Neraka
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس وقبل غروبها رواه مسلم
Tidak akan masuk neraka seseorang yang shalat sebelum terbit matahari (shalat shubuh) dan sebelum terbenam. (HR Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W. : “Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"
4. Shalat Shubuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga
من صلى البردين دخل الجنة
Orang yang melakukan shalat baradain (ashar dan shubuh) masuk syurga
5. Shalat Shubuh Dua Rakaat Lebih Baik dari Dunia dan Segala Isinya
ركعتا الفجر خير من الدنيا ومافيها رواه مسلم
Dua rakaat shalat Fajar (shubuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya (HR Muslim)
6. Shalat Shubuh Disaksikan oleh Malaikat Malam dan Malaikat Siang
رَوَى التِّرْمِذِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي قَوْله, ” وَقُرْآن الْفَجْر إِنَّ قُرْآنالْفَجْر كَانَ مَشْهُودًا ” قَالَ: تَشْهَدهُ مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح.
Abu Hurairah radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari nabi SAW tentang ayat [wa quraanal fajri inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Shalat shubuh itu disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang”. (HR Imam At-Tirmizy)
At-Tirmizy mengatakan bahawa riwayat hadits ini hasan shahih.
وَرَوَى الْبُخَارِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَضْل صَلَاة الْجَمِيع عَلَى صَلَاة الْوَاحِد خَمْس وَعِشْرُونَ دَرَجَة وَتَجْتَمِع مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار فِي صَلَاة الصُّبْح
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda, ”Shalat berjamaah lebih diutamakan dari shalat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu dalam shalat shubuh (HR Bukhari)
7. Orang Yang Shalat Shubuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari Kiamat
قال صلى الله عليه وسلم: بشر المشائين في الظلم إلى المساجد بالنور التام يوم القيامة رواه الترمذي وا بن ماجه
Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (HR Tirmizy dan Ibnu Majah)
8. Orang Munafik Merasa Berat dan Malas untuk Shalat Shubuh
وإذا قاموا إلى الصلاة قاموا كسالى يراؤن الناس ولا يذكرون الله إلا قليلا
(Orang-orang munafik itu) bila melakukan shalat, melakukannya dengan malas. Mereka berlaku riya di hadapan manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit.
عن أبي هريرة قال قال صلى الله عليه وسلم: ليس صلاة أثقل على المنافقين من صلاة العشاء والفجر ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً رواة الشيخان.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada shalat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari shalat Isya’ dan shalat Shubuh. Seandainya mereka tahu keutaaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak(HR Bukhari dan Muslim)
وها هو ابن مسعود يقول: لقد رايتنا وما يتخلف عن صلاة الفجر إلا منافق معلوم النفاق
Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami dahulu memandang orang yang tidak ikut shalat shubuh berjamaah sebagai orang munafik dan telah jelas kemunafikannya.
Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, ”Dahulu kami (para shahabat) bila ada yang tidak datang shalat shubuh dan Isya’ berjamaah, kami berprasangka buruk kepadanya”.
Ibnul Qayyim berkata, ”Tidur di waktu Shubuh akan menghalangi rezeki, kerana waktu shubuh adalah waktu dibagikannya rezeki”.
9. Akan diberkati oleh Allah swt.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
***
Allah S.W.T. berfirman maksudnya:
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi ayat : 28).