[ Notis Penting ]
Salam wrb. Kepada seorang pembaca yg menulis di page MH ini, merungut krn post2 kami tidak sempurna dan 'kena' dgn satu isu rumahtangga yg beliau tidak puas hati dan ingin luahkan barangkali. Ini jawapan kami : Sila hormati page ini dan kerja2 yg kami lakukan selama ini. Dan tujuan kami tubuhkan page ini bukan utk memuaskan hati semua orang, cuma satu usaha kecil utk amar ma'aruf dan nahi munkar. Jika anda mengikuti kerja kami sejak mula, tentu anda faham matlamat utama page ini. Silalah bersikap positif dan jika anda ikhlas utk memperbaiki diri cubalah berusaha setidaknya utk belajar dan mengamalkan apa2 yg baik di sini. Kami tidak menggalakkan sama sekali post-post yg negatif, bernada peribadi, marah, sinis atau utk semata-mata melepaskan rasa geram/tidak puas hati kepada sesiapapun dgn menggunakan platform agama. Maaf kerana kami harus bertegas. Harap maklum dan Assalamua'alaikum.