Assalamu'alaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh...
PERKAHWINAN DAN ZIHAR:
Ziihar lahir sejak zaman pra-Islam atau masa Jahiliyyah. Mrk menyamakan zihar dgn talak dam arti, bahwa seorg yg menzihar isterinya berarti sama dgn mentalak isterinya. Namun, setelah dtg Islam penyamaan zihar dgn talak ini dikoreksi.
Persoalan zihar erat kaitannya dgn peristiwa penurunan Surat al-Mujadalah ayat 1-4. Dlm suatu riwayat dijelaskan bhw seorg wanita bernama Khaulah binti Tsa’labah yg dizihar suaminya (Aus bin Shamit), yg mengatakan; “Bagiku, kamu spt punggung ibuku”. Dgn maksud dia tidak akan lg menggauli isteriny, sebgmana ia tidak boleh menggauli ibunya. Peristiwa ini diajukan Khaulah binti Tsa’labah kpd Nabi saw. agar diberi kepastian hukum. Tidak lama kemudian, turunlah ayat 1-4 Surat al-Mujadalah.
Dlm konteks zihar, aspek utama yg menjadi perhatian.
1) Perkataan belakang hanya sebagai kiasan sahaja, sedangkan secara hakikatnya ia merangkumi semua angggota tubuh badan kecuali mata kerana ia bukan zihar yg jelas. Oleh itu, jika diniatkan sbg sautu penghormatan maka tidak menjadi zihar. Sebaliknya jika diniatkan talak maka jadi zihar.
2) Wanita yg menjadi perbandingan ialah wanita yg haram dikahwini oleh suami.
3) Apa yang dimaksudkan oleh Zihar mengikut Imam Syafie':
”Lafaz suami menyamakan mana-mana anggota zahir/fisikal isteri dgn anggota wanita mahram muabbad kpd suami”Perhatikan perkataan 'lafaz'.Ini bermakna, zihar hanya disabitkan apabila ada lafaz dan lafaz tersebut jelas menyamakan mana-mana anggota zahi/fisikal isteri dgn mana-mana anggota wanita mahram muabbad.(Kekal Haram Dikahwini).
Firman Allah swt:
" Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yg mengajukan gugatan kpd kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kpd Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Org3 yg menzhihar isterinya di antara kamu, (menganggap isterinya sbg ibunya, padahal) tiadalah isteri mrk itu ibu mrk. Ibu3 mrk tidak lain hanyalah wanita yg melahirkan mrk. Dan sesungguhnya mrk sungguh3 mengucapkan suatu perkataan yg mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. Org3 yg menzhihar isteri mrk, kemudian mrk hendak menarik kembali apa yg mrk ucapkan, maka (wajib atasnya) memerdekakan seorg budak sblm kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yg diajarkan kpd kamu, dan Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan. Barangsiapa yg tidak mendapatkan (budak), maka (wajib atasnya) berpuasa dua bulan berturut-turut sblm keduanya bercampur. Maka siapa yg tidak kuasa (wajiblah atasnya) memberi mkn enam puluh org miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kpd Allah dan Rasul-Nya. Dan itulah hukum3 Allah, dan bagi orang-orang kafir ada siksaan yg sangat pedih.
( Al-Mujadalah : 1-4 )
Setelah melakukan zihar jika pihak suami mahu kembali bersama isterinya maka dia dikenakan membayar kaffarah. Jika pihak suami tidak membayar kaffarah maka dia mesti menceraikan isterinya.
Rukun Zihar:
1. Suami
2. Isteri
3. Perkara yg diserupakan
4. Lafaz zihar
Utk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami: Syarat yg disepakati oleh jumhur ulama’ :-
*Anggota-anggota yg haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan di sekitarnya dan yg seumpama dengannya. Penyamaan dgn tangan, kepala, kaki, rambut, dan lain-lain. Pandangan yg rajih adalah pandangan jumhur.
* Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yg diharamkan berkahwin dgn si lelaki sama ada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Seperti Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dan lain-lain yang berkaitan.
Pandangan Imam Syafie dalam 'qawl qadim’ tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi Qawl Jadid Imam Syafie memindanya ijtihadnya dgn mengatakan jatuh zihar kerana wanita yg diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu.Manakala yg tidak muabbad spt wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain. Tidaklah penyerupaan dengan mereka dianggap zihar.
* Ulama Syafi’iyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pada bahagian haram dilihat tadi, ia bergantung kepada niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar.
* Syarat lafaz utk sabit zihar adalah :-
a. Perlu kepada niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas). Sighah Sorihah (terang, jelas) seperti: “ Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”. Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.
b. Tidak disyaratkan uuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yg memberi pengertian semasa.
Zihar jatuh dgn lafaz yg membawa pengertian semasa spt “Punggung dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”
Juga jatuh kiranya diikat dgn waktu tertentu seperti “Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka perut dinda seperti perut bondaku”
Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan dtg spt : “Perut dinda spt perut bonda Kanda dlm masa sebulan”.
Semua lafaz tadi cukup utk menjatuhkan hukum zihar.
c. Mestilah lafaz tadi disandarkan kpd anggota tubuh wanita samada secara juzu’ atau sepenuhnya. (Bahagian yg diharamkan lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi).
Wallahualam...
Berhati3lah dlm setiap perkara agar kita senantiasa dirahmati Allah swt...
Aamiin Ya Robbal Alamin...
Salam Ukhuwah Penuh Hikmah
By: Nur Hasanah / Nonia